Sabtu, 12 Disember 2009

Remaja- Handset/ Zikir



Kalau dulu-dulu biasa kita lihat samada yang tua atau remaja, masa terluang je samada tengah tunggu member ke, tunggu bas ke, dll mereka keluarkan biji tasbih dan berzikir. TAPI sekarang kalau duk saja2 keluarkan handset. Kalau tak main game, mesti sms, atau dengar lagu. Padahal banyak handset sekarang boleh simpan al-Quran. Apa salahnya sambil duk relaks2 baca Quran yang ada dalam handset. Itulah remaja akhir zaman. Sebab tu lah ada hadis akhir zaman yang mengatakan bila dajjal turun orang yang berzikir tak akan lapar. Hai beratnya Umat hari ni nak berzikir......

KELEBIHAN BERZIKIR

1. Mengusir syaitan dan melemahkan kekuatan syaitan
2. Menyebabkan Allah redha
3. Menghilangkan perasaan cemas dan kebimbangan
4. Merasa kesenangan dan kebahagiaan dalam hati
5. Menguatkan anggota badan dan fikiran
6. Mencerahkan mata dan hati
7. Membuka pintu rezeki
8. Menghidupkan hati
9. Melindungi dari perangkap dan penyelewengan
10. Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan para Malaikat
11. Membantu kepada semua bentuk ibadah yang lain
12.Zikir melahirkan budi pekerti yang luhur
13.Zikir mendekatkan diri kepada Allah
14.Zikir boleh menenangkan jiwa
15.Berzikir mempeoleh keampunan
16.Berzikir dapat melepaskan diri dari bahaya.
17.Berzikir memperoleh pahala yang tinggi

Remaja- Jauhi Zina








Wahai remaja..
JAUHI ZINA. SERONOKNYA SEKEJAP, DERITANYA BERPANJANGAN HINGGA KE AKHIRAT.....

Tak payah nak tulis panjang-panjang pasal kau orang dah tahu dosanya.

Remaja- Aurat


Macam-macam fesyen tudung remaja sekarang. Yang mana sebenarnya cara menutup aurat yang dikatakan menurut Islam. Kebanyakan remaja terpengaruh dengan fesyen. Itulah jadinya. Mereka ingat dah betul, dah tutup aurat.

Tambahan: 9 Kejelikan Fesyen Pemakaian Tudung Era 2000

1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas di dlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit

, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show …

3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki…..

4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu…

6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali…touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc….sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak…ooo…saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu …

9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari…etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

(Dipetik dari isteri.blogmas.com)